Yuna gayakan songket di Coachella, stail weh!
Gempak
April 23, 2019 12:18 MYT
April 23, 2019 12:18 MYT
PENYANYI yang baru sahaja mengeluarkan single terbarunya, Forevermore, Yuna dilihat menghadiri festival muzik di California, Coachella dengan memakai songket.
Songket rona ungu yang jadikan seluar itu digayakan pada hari kedua festival itu diadakan.
“Songketchella”, tulis Yuna ringkas di ruangan kapsyen Instagramnya.
Menurutnya lagi, songket tersebut merupakan rekaan ibunya dari Srikandi Clothier.
Tambah istimewa apabila songket itu juga meyerupai songket merah yang digunakan dalam muzik video Forevermore
Netizen turut sama bekongsi rasa bangga dan suka mereka pada fabrik songket yang digayakan oleh Yuna.
@wherearethebaumkuchens: Need me a pair of songket pants now!
@theofficialmzm: Looking swag as always.
@mareynaosmann: Yasss, SLAY.
@asyrfzainal: Ayeee songket gurl.
Yuna menghadiri festival Coachella bersama suaminya, Adam Sinclair dan turut sama dilihat bersamanya adalah Yaya Zahir dan Daiyan Trisha.
Festival Coachella tahun ini menyaksikan nama-nama besar bergabung membuat persembahan antaranya BLACKPINK, Ariana Grande, Billie Eilish dan ramai lagi.