Yuna fokus pada kerjaya, soal anak serah pada rezeki

Azyyati Ahmad
Januari 5, 2019 20:05 MYT
Yuna ditemui ketika majlis perlancaran kasut dan beg tangan, kolaborasinya bersama pereka kasut terkemuka negara Christy Ng pada Sabtu. - Instagram @yuna
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi yang membina nama di peringkat antarabangsa Yuna, mengakui dia dan suami tiada perancangan mengenai cahaya mata tetapi berserah dengan rezeki yang ditetapkan Tuhan.
Kata Yuna, buat masa sekarang, dia dan suami lebih senang untuk menghargai masa berdua dan fokus kepada karier masing-masing.
“Buat masa sekarang kami tak merancang dan mahukannya (cahaya mata) datang secara semula jadi. Kita berserah kepada Allah kalau ada rezeki, kalau ada.. ada,” katanya kepada Astro AWANI.
Yuna ditemui ketika majlis perlancaran kasut dan beg tangan, kolaborasinya bersama pereka kasut terkemuka negara Christy Ng pada Sabtu.
Dalam kolaborasi itu, Yuna diberi kesempatan memberikan sentuhan rekaan beg tangan dan kasut yang dihasilkan dalam tujuh warna.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zara’ai, 32 mendirikan rumah tangga bersama pengarah video, Adam Yousof Sinclair, 33 di Bentong, Pahang, pada 26 Januari lalu.
#Adam Yousof Sinclair #anak #CHRISTY NG #Yuna
;