Yuna dan Adam nikah 28 Januari ini
Nursyazwani Saiful Sham
Januari 23, 2018 17:46 MYT
Januari 23, 2018 17:46 MYT
Penyanyi terkenal Yuna kini sedang rancak membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bersama tunangnya, Adam Sinclair tidak lama lagi.
Pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Januari ini dan kad undangan sudahpun diedarkan.
Satu sidang media berkaitan majlis perkahwinan pasangan ini bakal diadakan Sabtu ini, 27 Januari pada jam 4 petang di Putrajaya oleh syarikat pengurusan miliknya, Yuna Room Records.
Yuna, 31 tahun, telah mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair pada 5 Ogos 2017 di kediaman lelaki itu di Shah Alam, Selangor selepas berkenalan sejak 2013.
Yuna telah dirisik keluarga Adam pada 27 Mac lalu.
Terdahulu, Yuna telah memuat naik status sudah membeli fabrik untuk busana perkahwinannya. Status tersebut mengundang reaksi teruja dan tidak sabar di kalangan peminat untuk menyaksikan bintang antarabangsa itu bersama pasangannya.
Yuna juga tidak ketinggalan untuk mengadakan parti bujang atau bachelorette party bersama teman-teman rapatnya.
Nota: Saksikan secara langsung 'Sidang Media Khas Yuna dan Adam Sinclair' menerusi platform Astro AWANI (www.astroawani/live-tv) dan di Saluran 501 (Astro AWANI) sebaik sahaja sidang media bermula. Tonton!