Yuna bergambar bersama kakak mangsa tembak Chapel Hill, kongsi mesej keamanan

Syafique Shuib
Disember 13, 2015 08:59 MYT
Setelah beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia barat, Yuna menyeru peminatnya untuk menegakkan keamanan dan menentang keganasan. - Gambar fail
PENYANYI kelahiran Malaysia yang kini berada di Amerika Syarikat berkongsi mesej keamanan dan perpaduan dalam akaun Instagramnya.
Mesej berkenaan dikongsi sebagai kapsyen untuk gambar beliau bersama Suzanne Barakat ketika siri jelajah konsert di AS.
Suzanne merupakan kakak kepada pelajar Islam Deah Shaddy Barakat yang maut ditembak di Chapel Hill, Utara Carolina. Turut menjadi mangsa adalah isteri beliau Yusor Mohammad dan adik perempuannya Yusor Mohammad.
BACA: Pembunuhan tiga pelajar Islam di Chapel Hill sepi di media utama, tidak di media sosial
“Harus kongsi ini sekarang dan ini masa yang terbaik oleh kerana beberapa orang cuba untuk mencetuskan peperangan, dan bagi saya itu menjijikkan,” kongsi Yuna di Instagram.
BACA: 14 terbunuh dalam insiden tembakan di California
BACA: Donald Trump gesa umat Islam dihalang memasuki Amerika Syarikat
Tambah Yuna, gambar beliau dan Suzanne dirakam beberapa hari selepas insiden tembakan di Paris.
BACA: Dewan Bataclan, tumpuan utama serangan pengganas di Paris
“Ketika jelajah saya di Amerika Syarikat, saya sentiasa berdoa untuk keselamatan semua. Alhamdulilah, saya merasakan persekitaran yang positif di tempat-tempat yang saya membuat persembahan.
“Orang ramai dari pelbagai kaum dan kepercayaan di bawah satu bumbung menunjukkan betapa perpaduan boleh berlaku,” kata Yuna.
Beliau turut menyeru peminatnya untuk menegakkan keamanan dan menentang keganasan.
#Suzanne Barakat #Yuna
;