Yuna bakal buat persembahan dalam The Late Show With Seth Meyers

Madiha Abdullah
Julai 23, 2016 04:43 MYT
Yuna juga berkongsi pentas dengan lagenda muzik Billy Ocean dalam satu persembahan, hari ini.
PENYANYI Yuna menambah satu lagi pencapaian peribadi apabila dijemput menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara terkenal di Amerika Syarikat, The Late Night With Seth Meyers.
Yuna dijangka membuat persembahan dalam rancangan itu hujung minggu ini.
Penghibur kelahiran Kedah itu kini sedang sibuk mengadakan latihan bersama krew dan pemuzik menjelang persembahan itu.
Yuna juga memaklumkan dia bakal mempersembahkan salah satu lagu dari album Chapters, Used to Love You.
BACA: Album Yuna, Chapters masuk carta Billboard, melonjak ke tangga ke-8
BACA: Majalah Rolling Stone angkat album Yuna antara yang terbaik tahun ini
Bukan itu sahaja, Yuna juga berkongsi pentas bersama lagenda muzik R&B, Billy Ocean dalam satu persembahan di Brooklyn, New York, pada 22 Julai.
Ia sebahagian dari acara The Martin Luther King Jr. Concert Series.
#Chapters #hiburan #The Late Show with Seth Meyers #Yuna