Yuna, Amy Search, Noh, Joe Flizzow, Nadira raikan cinta di Istana Budaya

Helmi Majid
Julai 25, 2016 17:41 MYT
Bertempat di Panggung Sari, konsert yang dibawakan oleh Nadira Music Management ini, bukan sahaja menitikberatkan pemilihan seleksi lagu, tetapi juga soal pementasan dan rekaan untuk memukau penonton kelak. - Gambar fail
Penghibur terkenal tanah air bakal mengangkat predikat cinta menerusi 'Cinta Concert' di Istana Budaya di sini Ogos depan.
Rocker Amy Search, penyany/iproduser, Joe Flizzow, vokalis band Hujan, Noh Salleh bakal bergabung untuk menjayakan konsert yang bakal berlangsung selama dua hari mulai 19 Ogos.
Dibawakan oleh Nadira Music Management, ‘Concert Cinta’ akan diadakan di Panggung Sari dan menyajikan persembahan bertaraf antarabangsa.
Menurut Joe Flizzow beliau tidak bersabar untuk menghiburkan peminat di pentas yang penuh berprestij itu.
“Saya tidak sabar untuk menghiburkan penonton dan membuat persembahan nanti,” katanya.
Noh Salleh yang sinonim dengan lagu Angin Kencang merasakane peluang terbaik untuk dirinya.
“Saya merasa bertuah dapat bergandingan dengan nama-nama besar di dalam industri muzik tanah air merupakan satu kebanggaan buat saya,” ujar Noh.
Yuna, penyanyi dan penulis lirik yang kini menetap di Amerika Syarikat turut menzahirkan kegembiraan diberi peluang untuk berkongsi pentas bersama-sama artis-artis ternama tempatan.
“Saya amat terharu untuk membuat persembahan bersama-sama dengan Amy Search, Joe Flizzow, Noh serta Nadira. Saya berharap peminat dapat turut bersama-sama datang menyaksikan konsert ini nanti.”
Bagi Nadira, selaku pendatang baharu yang kini sedang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia selepas pelancaran album perdananya, ‘Isi Hati’, persediaan untuk Concert Cinta sudah bermula sejak beberapa bulan lalu.
Sesi latihan kelas vokal yang dilakukan di Indonesia.
“Saya teruja namun gementar kerana ini persembahan terbesar saya yang pertama. Saya seakan tidak percaya kerana dapat buat persembahan bersama nama-nama besar industri hiburan tempatan.
"Saya harap semua yang terlibat serta penonton turut merasai keterujaan saya. Saya berharap usaha serta penat lelah saya akan membuahkan hasil,” ujar Nadira Adnan yang terkenal dengan lagu "Sayang."
Concert Cinta turut menampilkan Eddie Slam selaku pengarah muzik dengan ditemani pemuzik handalan tempatan.
Tiket telah mula dijual dengan harga RM100/RM175/RM250/RM300/RM 500 di www.ticketpro.com.my dan kaunter tiket Istana Budaya.
#Amy Search #Concert Cinta #Istana Budaya #Joe Flizzow #Noh #Yuna
;