YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Amanz
November 15, 2024 12:50 MYT
November 15, 2024 12:50 MYT
PEMBERIAN hadiah ketika sesi penstriman langsung kini menjadi resam dunia moden.
Ringkasan AI
- Penonton boleh membeli Jewels untuk memberikan hadiah maya kepada penstrim, yang kemudian boleh menukarnya menjadi wang pendapatan yang dipanggil Rubies.
- Ciri pemberian Jewels ini hanya tersedia untuk pengkarya dalam program YouTube Partner Program di Amerika Syarikat buat masa ini.
- Ciri ini hanya boleh digunakan jika penstriman dilakukan secara menegak, mirip kepada pendekatan TikTok yang mempopularkan penstriman video menegak dengan hadiah daripada penonton.
Di YouTube, penonton kini boleh membeli Jewels yang kemudiannya digunakan untuk membeli hadiah maya kepada penstriman yang sedang ditonton.
Penstrim kemudiannya boleh menukar hadiah yang diberikan ini menjadi wang pendapatan yang diberikan pula nama Rubies.
Setiap Rubies adalah bernilai 1 sen. Pada waktu ini ciri pemberian jewels ini hanya diaktifkan kepada pengkarya dalam program YouTube Partner Program di Amerika Syarikat sahaja.
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.
Ia juga hanya boleh digunakan sekiranya penstriman dilakukan secara menegak.
Ini bolehlah dilihat sebagai satu lagi ciri yang mengambil inspirasi daripada TikTok yang mempopularkan penstriman video menegak dengan hadiah boleh diberikan kepada penstrim oleh penonton. -Amanz