Yasmin Hani mahu terlibat pengarahan filem

Astro Awani
Februari 23, 2013 20:59 MYT
Mengakui tawaran pengacaraan tidak datang selalu, Yasmin Hani berhasrat untuk mencuba cabang seni yang lain.
Menurutnya, kini pengacara itu sedang sibuk mempelajari selok belok bidang penerbitan serta pengarahan dimana keinginan itu tercetus dari pengaruh suaminya, Shahrin Razali.
“Berikutan suami saya ada syarikat penerbitan, beliau mencadangkan saya untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin disamping peluang ditawar untuk menjadi host semakin tipis atas faktor usia,” kata Hani.
Sementara itu, pengacara dan pelakon yang berkahwin pada tahun 2011 ini mengakui sedikit bosan apabila sering ditanyakan soal cahaya mata.
“Ramai orang Tanya saya bila nak dapat anak, sekiranya boleh beli di kedai pasti sudah saya dapatkannya namun ini adalah kurniaan tuhan, jadi saya harus sabar dan redha,” ujarnya.
Yasmin baru saja muncul dengan telemovie “Laksam Girl” di saluran Astro Ceria selain menjadi hos untuk program “Chef Cilik Dumex”.
#penerbit #pengarah #Yasmin Hani
;