"Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka" - Norman Hakim

Gempak
September 10, 2023 00:30 MYT
Mengulas tentang ujian yang menimpa keluarganya ketika ini, Norman mengambil iktibar. - Gambar Gempak
Bapa kepada pempengaruh yang terpalit dengan tuduhan penyondol rumah tangga pasangan muda, Marissa Dania Hakim, Norman Hakim akhirnya bersuara.
Mengulas tentang ujian yang menimpa keluarganya ketika ini, Norman mengambil iktibar.
“Terima kasih kepada yang concern atas 'ujian' buat keluarga saya baru-baru ni. Insya-Allah 'gerak hati' dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku.
“Mohon doakan yang baik-baik. 75,000 leads aka followers baru yang hadir 2,3 hari ni saya anggap kalian semua sebagai sahabat ukhwah dan siturrahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah. Saya happy baca comments semua,” tulis Norman di Instagramnya.
Norman juga memohon maaf atas kesilapannya seisi keluarga.
“Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami.
“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga.
“Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalanNya. Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dariNya. Lillahita'ala saya sayang semua. Mohon jangan terputus silaturrahim kita,” tambahnya.
Norman turut mengemaskini keadaan terbaharu keluarganya yang dijangkiti Influenza A.
“Salah satu nikmat paling besar bila dikurniakan balik nikmat sihat.
“Minggu lepas satu keluarga affected by Influenza A start dengan diri saya lepas selesai program BBB @richworks_official, pastu jangkit ke mummy then Awish dan Kikim last sekali Kayla.
“Kayla je paling lama demam dekat 5 hari tak kebah, kena admitted untuk masuk drip for antibiotik sebab dia memang tak pandai makan ubat. Dan syukur sangat hari ni dah dapat dengar balik ceria dan gelak ketawa dia,” kongsinya.
#antibiotik #Rumah Tangga #program BBB #Influenza A
;