Yang ditangkap bertatu, bergari itu bukan saya - Fuad Rahman

Gempak
Jun 18, 2023 09:10 MYT
Fuad berkata, penyebaran berita itu merupakan satu alamat untuknya supaya terus berkelakuan baik dan pengajaran kepada orang ramai agar tidak melulu menyebar berita. - Foto GEMPAK
BINTANG Gegar Vaganza 9, Fuad Rahman tampil menjelaskan kekeliruan berhubung dakwaan dirinya ditangkap bergari di Singapura baru-baru ini.
Tegas Fuad, dia masih berada di Malaysia bersama isteri dan anak-anaknya dan dalam keadaan baik.
"Astaghfirullah, entah Fuad mana yang korang nampak kena tangkap. Hamba Allah tu macam tak boleh tengok kita berubah eh asyik nak fitnah dan jatuhkan kita saja. Alhamdulillah. Aku selamat.
"Kepada peminat, kawan-kawan dan keluarga, saya mendapat berita dari mereka sebaik buka je mata (pada Sabtu), mereka mesej, mereka takut.
"Ada si polan ni kata kawan dia nampak aku kena gari di Singapura. Jauhkan segalanya. Aku sihat-sihat. Aku dengan anak-anak, masa aku dah habis.
"Aku selamat, so far so good. Aku tak macam dulu lagi, biasalah pelanduk dua serupa, ada tatu macam aku," katanya menerusi hantaran video di akaun Instagram isterinya, Tom.
Tambah Fuad, penyebaran berita kurang sahih itu merupakan satu alamat untuknya terus berkelakuan baik dan pengajaran kepada orang ramai agar tidak melulu menyebar berita.
"It's a good signal for me, aku dah well behave. Aku baru balik semalam dari showcase, ini hari pun ada showcase.
"Aku selamat Alhamdulillah, aku bersih, tak ada buat salah apa-apa. Jangan bimbang aku ok, check dulu betul," ujarnya.
#Fuad Rahman #bertatu bergari #ditangkap di Singapura #Gegar Vaganza 9
;