'Ya, saya dah kahwin' - Syafiq Farhain
Gempak
April 22, 2022 10:15 MYT
April 22, 2022 10:15 MYT
PENYANYI Syafiq Farhain akhirnya mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan pengurusnya
Bagaimanapun Syafiq tidak mendedahkan tarikh perkahwinannya.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain, dia tidak pernah merahsiakan berita pernikahan mereka.
“Ya saya sudah berkahwin… Saya tidak merahsiakan tetapi siapa yang tahu dia tahulah.
“Kalau ada yang tanya kepada saya mengenai status saya, saya akan jawab dengan jujur sudah berkahwin,” katanya kepada Gempak.
Syafiq ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan RUSA MUSIC bertempat di Puchong sebentar tadi.
Ditanya mengenai isterinya, Syafiq memberitahu mereka adalah kawan sekampung.
“Kami sebenarnya kawan sekampung. Kami berkenalan antara satu sama lain sebelum saya bergelar artis lagi.
“Secara jujurnya saya tak fikir mengenai populariti merudum tetapi sedikit sebanyak perkara itu memberikan kesan kepada kerjaya.
“Saya sebenarnya merancang untuk mengumumkan perkahwinan saya di dalam satu majlis namun nampaknya tidak berjaya,” katanya.
Terdahulu, Syafiq mencetuskan tanda tanya selepas desas-desus mengenai status perkahwinannya dihidu netizen.
*Artikel asal di Gempak