'Ya Allah, power betul berlakon air mata' - Wawa Zainal terkejut, menangis lihat lakonan Hayla
Gempak
April 16, 2022 12:14 MYT
April 16, 2022 12:14 MYT
PELAKON Wawa Zainal tidak menyangka anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa memiliki bakat lakonan yang bagus.
Lebih-lebih lagi babak sedih yang memerlukan anak kesayangannya itu mengalirkan air mata.
Menurut Wawa, Hayla juga mendapat pujian daripada pihak produksi kerana pandai menjiwai watak adegan sedih.
“Ya Allah tak sangka power betul berlakon air mata ek. Request air mata zass terus keluar. Crew-crew cakap macam ada suis.
“Satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik. Nantikan drama hari raya Hayla nanti. Mak dia pun feeling tau nangis,” coretnya.
Hantaran itu turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan gelagat Hayla sedang menjiwai watak lakonannya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji bakat Hayla dan tidak sabar untuk menonton drama tersebut.
Setakat ini video yang dikongsi itu menerima lebih 80,000 jumlah tontonan di Instagram.
Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri 4 bulan.
*Artikel asal di Gempak