X tampil ciri baharu, papar komen ikut susunan kepentingan

Amanz
Ogos 11, 2024 05:30 MYT
Tiga pilihan yang diberikan ialah komen paling relevan, komen paling baharu, dan komen yang paling banyak menerima Like. -Amanz
SEMALAM X dikemas kini dengan ciri yang membolehkan komen dibaca di bawah komen mengikut tiga pilihan kepentingan.
Tiga pilihan yang diberikan ialah komen paling relevan, komen paling baharu, dan komen yang paling banyak menerima Like.
Ciri ini boleh diakses pada versi web, aplikasi telefon pintar dan juga XPro.
Untuk menggunakan ciri ini sila pergi ke bahagian komen dan tekan menu menyusun komen yang diberikan.
Dengan ciri ini proses mencari komen yang lebih relevan adalah lebih mudah dan kerana sebelum ini komen dipaparkan dengan ciapan daripada akaun dengan langganan Premium diletakkan paling atas.
Kerap kali komen akaun dengan calit biru adalah sekadar spam yang kurang berguna.
Harus dinyatakan masalah mengakses susur masa dan ciapan di X berlaku sejurus selepas ciri ini diaktifkan. -Amanz
#telefon pintar #X #papar komen #ikut susunan kepentingan