"Wow princess... macam Cinderella la!" - Netizen cair tengok penampilan Elfira Loy di majlis resepsi
Gempak
Januari 6, 2019 12:00 MYT
Januari 6, 2019 12:00 MYT
BEBERAPA foto penampilan pelakon Elfira Loy pada majlis resepsinya yang berlangsung semalam tular di media sosial.
Dalam foto yang tular itu, Elfira mengenakan busana daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini serta solekan daripada jurumekap tersohor, Khir Khalid.
Rata-rata netizen tidak henti-henti memuji kecantikkan Elfira pada malam itu.
"@mdm_jape: Serius cantik semuanya lah dari atas sampai bawah."
"@_intanntsya: Serious cantik gila macam anak patung lain muka nampak macam kacukan."
"@najihaziha: Mashaallah super gorgeous @elfiraloy."
"@azamakiff: Cantik sangat-sangat memang terbaik el."
"@nurbatrisyia_nb: Macam barbie doll."
"@shakleebangi: Like princess."
"@wan_norra: Macam anak patung comelnya."
"@asyila_rose: Macam ratu atlantis dalam cerita aquaman."
"@amalina_lufti: Yaallah lawanya weh..Macam patung, baju letopsss dan makeup superb."
"@qasehabadi: Wow princess..Macam cinderella la!
Difahamkan, majlis resepsi pasangan tersebut diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Elfira dan suaminya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2019 yang lalu di sebuah majlis tertutup.