Wow... Manap Karaoke duduki tangga pertama carta Top 5 Astro First!

Gempak
Mei 9, 2020 12:07 MYT
Manap Karaoke menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan ramai lagi.
SELEPAS dua hari ditayangkan, filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Manap Karaoke telah menduduki tangga pertama dalam carta Top 5 Astro First.
Carta tersebut diikuti oleh filem Dharala Prabhu, M4M4, The Sacred Riana : Beginning dan Rock 4.
Berita gembira itu diumumkan oleh Astro First dan Astro Shaw menerusi entri di akaun Instagram rasmi mereka.
Manap Karaoke mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Manap yang membuka perniagaan karaoke bergerak.
Namun, perjalanan Manap tidak semudah yang disangka kerana pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapinya.
Apa yang pasti, terdapat banyak kisah lucu menanti anda dalam filem ini.
Manap Karaoke menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan ramai lagi. Jangan lupa untuk mendapatkannya di Astro First, saluran 480 sekarang!
#Astro #carta Astro First #Dharala Prabhu #M4M4 #Mamat Khalid #Manap Karaoke #Rock 4 #The Sacred Riana