"Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni" - Baby Shima buat laporan polis
Gempak
April 17, 2019 12:00 MYT
April 17, 2019 12:00 MYT
PENYANYI Baby Shima mengakui akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang membuat akaun palsu menggunakan gambar dan namanya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shima menjelaskan dia tidak mempunyai akaun peribadi di Facebook.
"Kepada admin akaun, tindakan dan laporan polis akan dibuat.
"Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni. Mohon report dan berhati-hati fake akaun.
"Shima tak mempunyai personal akaun Facebook, hanya mempunyai facebook pages. Harap maklum," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Shima dan berharap agar individu terbabit dapat memadam akaun tersebut.