WCOPA ke-27: Anak saudara Siti Nurhaliza rangkul pingat emas, harumkan nama Malaysia
Gempak
Julai 6, 2024 15:26 MYT
Julai 6, 2024 15:26 MYT
ANAK saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Siti Ucap Tahniah
Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, mempertaruhkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin berjaya menewaskan empat finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.
"Tahniah Umai...
Berita baik itu dikongsi oleh Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram di mana penyanyi itu menzahirkan rasa bangga terhadap Umai kerana berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.
"Alhamdulillah, tahniah Umai berjaya bawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara," katanya.
Bukan itu sahaja, sebelum kemenangan Umai, pelantun lagu Purnama Merindu tersebut dilihat teruja memuat naik video anak saudaranya membuat persembahan dengan baik.
Untuk info, pada saringan pertama Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.
Umai kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. -Gempak