Watak Trolls kejutan Hari Krismas Kylie Jenner buat Stormi
Agensi
Disember 25, 2019 16:11 MYT
Disember 25, 2019 16:11 MYT
SAMBUTAN Krismas Stormi Webster, anak jutawan bintang realiti televisyen, Kylie Jenner ibarat mimpi jadi kenyataan apabila watak kegemarannya daripada filem animasi Trolls, Poppy benar-benar muncul.
Menerusi video yang dimuat naik dalam akuan Instagram Kylie, Stormi yang sedang menonton filem itu di televisyen terkejut sebelum melompat keriangan sebaik melihat kelibat Poppy.
Poppy tidak datang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa beberapa hadiah yang mempamerkan dirinya khas untuk Stormi, lapor E News!
Stormi yang berusia setahun 10 bulan kemudiannya pantas mengajak Poppy ke ‘rumah’ baharunya yang merupakan hadiah daripada nenek, Chris Jenner.
Dalam pada itu, menurut Kylie, dia dan Stormi akan menonton filem Trolls yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2016 itu sebanyak itu empat kali sehari.
“Terima kasih kepada Scott (Travis) yang bersama-sama menjayakan kejutan ini untuk Stormi,” katanya.
#Chris Jenner
#Instagram
#Krismas
#Kylie Jenner
#Poppy
#Stormi
#Stormi Webster
#Travis Scott
#Trolls
#video