WANNA ONE selamatkan peminat pengsan

Gempak
Januari 20, 2018 21:09 MYT
Penonton pengsan diselamatkan oleh dua anggota WANNA ONE, Sungwoon dan Daehwi yang bertindak pantas meminta pasukan keselamatan membantu. - Foto Astro Gempak
Kumpulan K-Pop popular, WANNA ONE bimbang apabila melihat keadaan peminat mereka yang berada di bahagian Rock Zone menjadi tidak terkawal.
Insiden tersebut menyebabkan sesi bertemu peminat WANNA ONE di Stadium Negara terpaksa ditangguhkan lebih satu jam semalam.
Adegan tolak menolak itu menyebabkan ada beberapa penonton cedera dan pengsan.
Penonton yang pengsan itu diselamatkan oleh dua anggota WANNA ONE, Sungwoon dan Daehwi yang bertindak pantas meminta pasukan keselamatan membantu peminat tersebut.
“Anda semua bertenang, keselamatan anda adalah menjadi keutamaan kami. Hati-hati, ada orang tercedera di sana,” kata salah seorang anggotanya.
#Daehwi #K-pop #Stadium Negara #Sungwoon #Wanna One