Wanita larikan duit Lisdawati serah diri, janji bayar ansuran bermula RM200
Gempak
Julai 3, 2019 07:00 MYT
Julai 3, 2019 07:00 MYT
PELAKON Lisdawati mengesahkan wanita yang melarikan ribuan ringgit miliknya sudah menyerah diri dan berjanji untuk melangsaikan hutang tersebut.
Lisdawati berkata, wanita tersebut menyatakan mengenai perkara tersebut melalui pihak ketiga yang menghubunginya pada Rabu.
“Alhamdulillah, semuanya dah selesai…wanita tersebut menghubungi saya tetapi melalui kawan dia. Kawan dia mesej beritahu akan bayar hutang secara ansuran bermula dengan RM200.
“Mungkin kerana dia mempunyai masalah peribadi dan tidak dapat menghubungi saya sendiri,” katanya.
Terdahulu Lisdawati mengalami kerugian ribuan ringgit selepas menjadi mangsa tipu wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu.
Lisdawati memberi wang kepada wanita tersebut untuk dijadikan modal sebuah projek. - Sumber/Foto: mStar Online