Wanita kelahiran Malaysia juarai Masterchef Australia

T K Letchumy Tamboo
Julai 25, 2017 13:32 MYT
Diana memenangi wang tunai A$250,000 (RM849,004) trofi dan menjadi kolumnis dalam majalah Delicious. - Foto facebook.com / Diana Chan @DianaChanAU
Seorang wanita kelahiran Malaysia menjuarai pertandingan Masterchef Australia musim ke 9 yang baru sahaja tamat pada Isnin.
Menurut laporan, Diana Chan, 29, seorang akauntan di Melbourne, Australia, mengalahkan seorang lagi peserta, Ben Ungermann, muncul juara dengan perbezaan satu mata sahaja.
Diana memenangi wang tunai A$250,000 (RM849,004) trofi dan menjadi kolumnis dalam majalah Delicious.
Dalam pertandingan akhir itu, kedua-dua peserta dikehendaki menyediakan sejenis makanan yang bernama ‘Trio of Fruits’ yang merupakan rekaan Kirsten Tibbals dan Diana mendapat kelebihan mata berbanding Ben.
Diana merupakan warga Australia yang berasal dari Malaysia yang kedua untuk memenangi pertandingan itu, selepas Adam Liaw yang memenanginya dalam musim kedua.
#Australia #diana chan #Masterchef Australia #Melbourne
;