Wan Maimunah kesal difitnah meninggal dunia
Gempak
Ogos 25, 2018 17:58 MYT
Ogos 25, 2018 17:58 MYT
PELAKON veteran Wan Maimunah mengakui kesal apabila ada pihak yang cuba menyebarkan berita fitnah terhadap dirinya ketika sedang sakit.
Menurut Wan Maimunah, berita yang tersebar itu tidak memberikan kesan kepada dirinya sebaliknya menyusahkan banyak pihak terutama keluarganya.
"Saya amat terkejut apabila ada pihak yang menyebarkan fitnah dengan mengatakan saya sudah meninggal dunia.
"Berita itu bukan menyusahkan saya tapi ia menyusahkan kaum keluarga yang lain untuk datang daripada jauh apabila mengetahui berita yang tidak betul itu.
"Saya minta sangat-sangat pada individu itu supaya jangan viralkan benda yang tidak baik.
"Saya tidak marah dan sudah maafkan individu yang melakukan fitnah itu dan berdoa agar perkara ini tidak dilakukan pada oranga lain," katanya kepada Gempak.
Wan Maimunah berkata demikian ketika ditemui pada program Super Spontan Xtravaganza (SSX), di UPM Serdang, pada Jumaat.
Minggu keenam SSX menyaksikan Elizad diumumkan sebagai peserta daripada kumpulan Sotong Kangkung yang disingkirkan.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.
#berita fitnah
#kesal
#meninggal dunia
#pelakon veteran
#sakit
#Super Spontan Xtravaganza
#Wan Maimunah