Walaupun diselubungi perasaan gementar Azad, Radin teruja jumpa PM Anwar

Astro Awani
September 20, 2024 17:17 MYT
Azad dan Radin teruja dapat meluangkan masa bersama PM Anwar pada Jumaat. - Sumber foto Radio ERA
PUCHONG: Penyampai "3 Pagi Era" Azad Jasmin dan Radin akui terkejut dan teruja bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sengaja di satu lokasi di Puchong, Selangor.
Kedua-dua penyampai itu terserempak dengan PM Anwar ketika 'turun padang' untuk bersedekah dengan membelanja makan bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan di beberapa gerai di Puchong,
Azad berkata, amalan sedekah itu antara usaha untuk mengeratkan hubungan antara penyampai radio dengan pendengar yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap stesen radio ERA stesen nombor satu paling legit.
“Saya dan Radin berkesempatan melawat beberapa gerai di Puchong dan belanja makan kepada sesiapa sahaja. Rata-rata, mereka terharu kerana tidak menyangka berbuat demikian secara mengejut.
“Tanpa disangka, tba-tiba kami teserempak dengan Datuk Seri Anwar yang berada di kawasan yang sama bagai menghadiri acara rasmi di sebuah masjid di Puchong.
“Tanpa berlengah lagi, kami terus bertemu dengan PM Anwar untuk bersalam dan bertanyakan khabar, ia satu pengalaman yang baik buat kami,” katanya.
Dalam pada itu, Azad dijangka akan meneruskan program bantuan kepada pendengar ERA terutama kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Menurut Azad, dengan cara sedemikian mampu mengembirakan mereka dan dapat meringankan beban harian mereka.
Untuk mengikuti perkembangan terkini, aktiviti serta program baru boleh layari platform media sosial rasmi ERA.
#3 Pagi ERA #Azad dan Radin #Azad dan Radin jumpa PM Anwar #Kru 3 Pagi Era bersedekah
;