"Walau saya doktor, saya pernah bodoh!" - Dr. Say rugi RM10,000 tertipu skim cepat kaya
Gempak
Februari 7, 2020 20:31 MYT
Februari 7, 2020 20:31 MYT
PENGACARA Tanya Doktor, Dr. Say Shazril akui pernah terpedaya dengan skim cepat kaya dan pernah melaburkan RM10,000 untuk menyertainya.
Dedah Say, tindakan yang disifatkan dungu itu menyedarkan dan mengajarnya untuk tidak membuat keputusan secara melulu.
"Walaupun saya doktor saya masih seorang manusia yang tak lari daripada membuat tindakan melulu.
"Saya pernah ingat tindakan dungu yang saya lakukan dalam hidup yakni join MLM (multilevelmarketing) bukan satu ye tuan puan, malah 2 organisasi.
"Satu waktu saya belajar di India bayar RM4,000 untuk bisnes SMS, yang ni tak sampai sebulan punah sebab saya tak boleh relate dan brain nak cari perniagaan lain untuk gunakan servis SMS ni. Burn dah RM4,000 kat situ.
"Kononnya belajar daripada kesilapan, saya sertai satu lagi organisasi bayar RM6,000.
"Kali ini bisnesnya stemcell. Saya ingat cun lah produk kesihatan, berkait rapat dengan saya tetapi modus operandi utamanya cari downline selain daripada jual produknya.
"Berusaha saya cari kawan yang berada ajak berjumpa namun semua macam dapat menghidu agenda saya. Burn dah RM6,000 kat situ," kongsi Say.
Akui kesilapan besar itu sangat merugikan, Say turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya sebelum melakukan sebarang perniagaan.
"Kalau saya dapat putar balik masa, saya lempang diri saya tu kasi terduduk kerana melulu membakar RM10,000 yang saya boleh buat downpayment rumah ketiga tapi pengalaman mematangkan kita.
"Saya tahu kerugian saya 'ciput' berbanding mereka yang berbisnes di luar sana akan tetapi niat saya hanyalah berkongsi kebodohan saya moga anda tidak jadi seperti saya.
"Sebelum menyertai apa-apa, bacalah sikit mengenai perniagaan tu, modus operandinya, risikonya.
"Janganlah dikaburi dengan tesimoninya, nombor-nombornya, kemewahan orangnya. To be honest what comes easy won’t last & what lasts won’t come easy," tambah Say.
Dr Say muncul dalam Tanya Doktor sebagai hos bersama Lisa Surihani yang ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).