Walau dipenjara 9 bulan, Diana Danielle tetap sayangkan Farid Kamil

Gempak
Mei 16, 2019 08:00 MYT
Diana Danielle mengakui tetap menyayangi suaminya Datuk Farid Kamil walau apa pun yang berlaku.
PELAKON Datin Diana Danielle mengakui tetap menyayangi suaminya Datuk Farid Kamil walau apa pun yang berlaku.
Menurut Diana, mereka perlu melalui dugaan itu dengan tenang walaupun terpaksa berpisah dengan Farid yang perlu menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.
“Life throws us lemons but we have mastered the art of making lemonades.
“We love you so so so so much no matter what,” tulisnya.
Posting berkenaan merupakan respon pertama Diana di akaun Instagram miliknya selepas keluar berita suaminya dipenjara.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya sekeluarga di dalam kereta.
Diana juga dilihat turut menutup ruangan komen di entri terbaharunya itu.
BACA: Farid Kamil dipenjara 9 bulan
BACA: Gagal hadir ke mahkamah, Farid Kamil dikenakan waran tangkap
#Diana Danielle #dijatuhi hukuman penjara #dipenjara sembilan bulan #Farid Kamil #hukuman penjara #pelakon dan pengarah