Wajah moden Asia Sheena pastikannya teratas Asia's Next Top Model 2
Syafique Shuib
April 10, 2014 09:24 MYT
April 10, 2014 09:24 MYT
Model dari Malaysia Sheena Liam memenangi musim kedua rancangan 'Asia's Next Top Model' menewaskan Jodilly Pendre dan Katarina Rodriguez dari Filipina.
Pada episod terakhir, mereka diterbangkan ke Tanjong Jara Resort di Kuala Terengganu untuk sesi penggambaran bertemakan kehidupan di kampung.
Ketiga-tiga mereka pulang ke Kuala Lumpur untuk persembahan catwalk yang dihadiri oleh mereka di dalam industri fesyen termasuk Datuk Jimmy Choo.
Pada sesi penilaian, Rodriguez disingkir dahulu, meninggalkan Liam and Pendre di Top 2. Pendre mendapat komen positif tetapi juri menganggap wajah Liam sebagai 'wajah moden Asia.'
Liam memenangi kontrak tiga bulan bersama Storm Model Management dari London, peluang untuk menghiasi muka depan dan rencana di dalam majalah Harper's Bazaar Malaysia dan Singapura dan pelbagai hadiah-hadiah lain.
'Asia's Next Top Model' disiarkan di saluran Star World (Astro 711) dan Star World HD (astro 722).
Kemenangan Liam mendapat reaksi positif di Twitter:
Namun peminat rancangan ini dari Filipina meluahkan ketidakpuasan hati apabila dua peserta dari Filipina tewas di tangan Sheena: