Wajah kacak pelakon 'Ola Bola' buat hati wanita cair
Gempak
Februari 5, 2016 20:36 MYT
Februari 5, 2016 20:36 MYT
“KACAKNYA Tauke, teringin nak ambil gambar sama-sama."
“Tak sangka bakat baru ni pandai berlakon, rupa pun boleh tahan handsome!”
Itulah sebahagian komen yang diterima pelakon filem "Ola Bola" sejak filem itu ditayangkan.
Mereka ialah JC Chee (Tauke), Luqman Hafidz (Ali), Eric Teng (Eric) dan Haris (Sanjeet).
Jika dalam "Ola Bola" mereka sering menyarungkan jersi dan berambut panjang, lain pula transformasinya apabila bertemu secara real di depan mata.
Lebih-lebih lagi Eric di mana wajahnya kelihatan begitu berbeza tanpa misai dan rambut palsunya.
Kalau nak tahu, selain berbakat dalam bidang lakonan, JC Chee dan Eric juga merupakan seorang model.
Tak percaya?
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto mereka yang pasti mencairkan hati wanita: