'Wahai anak ibu, tak minta lebih cuma mahu kamu selamat dan selamat' - Isteri Tauke
Gempak
Oktober 25, 2018 12:00 MYT
Oktober 25, 2018 12:00 MYT
CORETAN isteri pelawak Tauke, Nadia Mohd Affandi untuk anak yang bakal dilahirkan membuatkan netizen sebak.
Menerusi entri terbaru yang dikongsi Nadia di laman Instagram miliknya, isteri kepada pelawak itu memuat naik rakaman video ketika imbasan bayi sedang dilakukan.
Menurut Nadia, tidak ada apa yang dipinta oleh seorang ibu melainkan anaknya lahir ke dunia dengan sihat.
“Wahai anak… Dengarlah coretan ibumu ini… Moga menjadi bekalan esok-esok bila ibu sudah tiada.
“Pengalaman ibu mangandungkan kamu cukup bermakna… Setiap tendanganmu menjadi inspirasi ibu kuatkan semangat menempuh hari-hari untuk bertemu denganmu… Susah, senang, sakit ibu akan sentiasa bersama dan menyayangimu sampai ibu menutup mata.
“Ingatlah wahai anak jadilah anak yang soleh /solehah… Jangan alpa dengan duniawi semata-mata. Hormatlah pada orang tuamu jadilah orang yang berguna.
“Ingatlah pengorbanan ibumu yang mengandungkan kamu selama sembilan bulan dengan berbagai-bagai rintangan cubaan semasa kamu di dalam rahimku.
“Ibu tak meminta lebih darimu sayang… Cuma ibu mahu kamu selamat dan sihat membesar walau apa-apa pun yang berlaku… Berjanjilah untukku wahai anakku... Amin… Yang ikhlas Ibumu, Nadia binti Mohd Affandi,” tulisnya.
Rata-rata pengikut Instagram Nadia turut berkongsi rasa sebak selepas membaca luahan hati itu dan mendoakan agar segala urusan bersalin dipermudahkan.
Terdahulu, Tauke dan Nadia telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015 dan berkahwin pada 9 Disember 2017.
Foto:Instagram @nadiayaya6