Vokalis Prodigy, Keith Flint ditemui mati di rumahnya
Agensi
Mac 4, 2019 22:53 MYT
Mac 4, 2019 22:53 MYT
PENYANYI kumpulan terkenal The Prodigy, Keith Flint ditemui mati di kediamannya di Essex, London dipercayai akibat membunuh diri.
Menurut laporan media antarabangsa, Flint, 49 tahun, ditemui mati pada jam 8 pagi (waktu tempatan) selepas pihak polis dan pasukan paramedik terima laporan mengenai Flint.
Flint yang sememangnya terkenal dengan gaya rambut ‘spiky’ dan sering mempersembahkan persembahan mantap, kali terakhir membuat persembahan di New Zealand bulan lalu.
Persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada konsert jelajah kumpulan tersebut yang dijadualkan sehingga Mei nanti.
The Prodigy, sebuah kumpulan genre electronik yang ditubuhkan pada 1990 itu cukup terkenal dengan single hit mereka Breathe and Firestarter.
Kumpulan itu menerusi perkongsian di Twitter turut mengesahkan berita sedih itu dan berduka cita atas pemergian mendiang.
Rakan-rakan artis dan peminat juga turut membanjiri ruangan Twitter dengan menyifatkan Flint sebagai seorang ikon dan lagenda dalam industri muzik rock.
#Firestarter
#Keith Flint
#Keith Flint ditemui mati di kediamannya
#Prodigy singer dies aged 49
#Prodigy singer suicide
#The Prodigy
#Vokalis The Prodigy