Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab

Gempak
April 29, 2024 19:33 MYT
Majlis pernikahan Virzha berlangsung di sebuah hotel di Surabaya dengan Ahmad Dhani dan Ello menjadi tetamu yang hadir. - Gempak
SALAH seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Keturunan Arab
Virzha selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang berketurunan Arab iaitu Sausan Sabrina. Dia menjalani akad nikah dalam bahasa Arab, seperti dilaporkan InsertLive.
Majlis pernikahan Virzha berlangsung di sebuah hotel di Surabaya dengan Ahmad Dhani dan Ello menjadi tetamu yang hadir meraikan hari bahagia sahabat mereka itu.
Tidak hebohkan
Pelantun lagu Tentang Rindu itu bagaimanapun sehingga kini tidak mengumumkan tentang pernikahannya.
Dia yang memang sangat tertutup mengenai hal peribadi juga tidak berkongsi momen manis pernikahan di media sosial.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
#vokalis Dewa 19 #Virzha #berkahwin #wanita Arab #isteri
;