Vokal bagus, cepat tangkap, tak manja itu kriteria pelajar AF2016 saya - Ellie Suriaty
Gempak
Julai 15, 2016 08:22 MYT
Julai 15, 2016 08:22 MYT
Pelakon Ellie Suriaty menjelaskan kriteria pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) pilihannya mestilah mempunyai vokal yang bagus dan tidak manja.
“Saya mencari pelajar yang mempunyai star value dan pastinya ini adalah pertandingan mencari bakat dalam bidang nyanyian, jadi vokal sememangnya menjadi keutamaan.
“Saya lebih suka peserta yang berani, tak takut dan bukan jenis yang manja. Sebab, kalau manja nanti susah, bila diberikan tugasan mulalah itu tak boleh, ini tak boleh.
“Jadi untuk sertai AF, mereka patut berupaya untuk berdepan dengan industri kita yang sangat mencabar,” katanya kepada Astro Gempak.
Menerima cabaran untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar AF2016, aktres ini juga memberitahu, tidak mudah untuk mencari seorang penghibur serba boleh.
“Apabila sebut tentang nyanyian, peserta haruslah mempunyai vokal yang luar biasa untuk menarik perhatian juri.
“Nak membentuk peserta menjadi seorang bintang bukanlah senang, sebab itu kita adakan sesi ujibakat di mana juri sendiri turun padang untuk menilai kemampuan peserta.
“Selain nyanyian kami juga akan melihat bakat lakonan, orang yg pandai belakon ni dia ada gaya tersendiri. Bila bagi sesuatu cabaran dia tidak akan kekok dan di situ kita dah boleh menilai.
“Bukan senang nak cari peserta luar biasa di mana selepas tamat AF orang akan ingat. Itulah yang saya maksudkan dengan star value. InshaAllah kita akan ambil yang terbaik
“Kalau boleh saya nak juga ambil pelajar yang cepat tangkap kerana masa yang ada dalam akademi begitu suntuk, jadi kalau dia cepat tangkap itu bonus untuk dia,” ujarnya.
Sesi ujibakat AF2016 akan bermula pada 15 Julai (Jumaat) sehingga 17 Julai (Ahad) ini, bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.
Klik sini untuk lihat syarat-syarat penyertaan.
Layari Akademi Fantasia 2016 untuk maklumat lanjut