vivo lancar BlueOS

Amanz
November 5, 2023 13:13 MYT
BlueOS dibina berasaskan Rust sebagai rangka kerja utama. -Amanz
VIVO semalam telah melancarkan OriginOS 4 untuk pasaran China.
Ia adalah sistem operasi berasaskan Android dengan fokus kepada customization serta penggunaan widget.
Di acara vivo Developer Conference 2023, vivo turut telah mengumumkan BlueOS.
BlueOS adalah sistem operasi yang dibangunkan oleh vivo sendiri sepenuhnya. Ia dikatakan adalah untuk menyelesaikan masalah Android yang masih terhad serta menjadi sistem operasi satu-untuk-semua.
BlueOS dibina berasaskan Rust sebagai rangka kerja utama.
Sistem operasi ini turut akan memfokuskan kepada kecerdasan buatan, sambungan peranti internet benda yang lebih pintar, serta pemindahan data yang selamat.
vivo turut menyertakan sokongan BlueXlink yang mesra dengan majoriti ekosistem peranti internet benda.
vivo turut menyatakan yang BlueOS mengurangkan penggunaan memori sehingga 67%, tahap kecekapan meningkat ke 48% dan masa maklum balas meningkat sehingga 18%.
BlueOS buat masa ini terhad kepada jam tangan pintar baharu mereka iaitu vivo Watch 3, kemudian peranti internet benda dan vivo masih tidak mendedahkan lagi jika sistem operasi ini akan menggantikan OriginOS/Funtouch OS ataupun tidak. -Amanz
#BlueOS #Vivo #OriginOS 4 #Rust
;