Video peluk & cium Aidil Aziz tersebar, Fasha Sandha kunci mulut

Gempak
Jun 27, 2018 15:14 MYT
Fasha menyifatkan hubungan dengan Aidil hanya sekadar kawan biasa dan tidak mahu memberikan komen lanjut berhubung gosip terbaharu itu. - Astro Gempak
TERSEBARNYA video aktres cantik Fasha Sandha bersama pelakon Aidil Aziz yang kelihatan mesra di lapangan terbang telah mencetuskan persoalan ramai pihak dan hangat diperkatakan.
Sejak semalam, rakaman video yang berdurasi 23 saat itu tular di media sosial dan dipercayai dirakamkan oleh orang awam.
Bertemu dengan aktres ini, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 34, ini enggan memberikan komen lebih lanjut tentang perkara tersebut.
"Saya tak nak komen apa-apa mengenai video itu dan tak akan komen.
"Buat masa sekarang, apa yang saya boleh cakap, dia kawan saya dan merupakan teman rapat saya," katanya kepada Gempak.
Fasha ditemui ketika hadir pada tayangan perdana filem Blok 404 di e-Curve, Damansara, malam tadi.
Pada masa yang sama, Fasha memberitahu dia selesa menjalani kehidupan solo.
Namun, pelakon terkenal ini memberi bayangan sebenar mengenai hubungannya dengan Aidil dengan mengatakan statusnya ialah 'single but not available'.
"Saya selesa menjalani kehidupan solo sekarang ini. Rasa senang untuk bergerak, rasa senang untuk bekerja. Tetapi dia antara yang rapat dengan saya buat masa sekarang," katanya lagi.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Foto: Instagram
#Aidil Aziz #blok 404 #bujang #Fasha Sandha #gosip cinta #mesra #single but not available #video mesra
;