Video muzik BTS "ON": Ini 7 perkara mungkin anda tidak tahu

Isabelle Leong
Mac 4, 2020 11:00 MYT
Video muzik "ON" yang dikeluarkan kurang daripada seminggu itu sudah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ARMY (nama fandom BTS) dan menjadi bualan hangat di laman media sosial.
CAN'T hold me down 'cuz you know I'm a fighter.”
Lirik lagu “ON” yang dinyanyikan kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS itu nyata membawa maksud yang amat mendalam buat BTS dan peminat mereka.
Ini kerana ia menggambarkan ketekunan dan kegigihan BTS sejak bertapak dalam industri K-pop tujuh tahun lalu.
Bukan itu sahaja, video muzik “ON” yang dikeluarkan kurang seminggu lalu itu sudah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ARMY (nama fandom BTS) dan menjadi bualan hangat di media sosial.
Rata-rata netizen membanjiri laman sosial dengan menggunakan tanda pagar #ONVIDEOPARTY dan #OnMusicVideo bagi membincangkan sinematografi dan maksud di sebalik adegan video muzik tersebut.
Ini tujuh fakta mengenai video muzik lagu hit BTS ini:
1. Bukan muzik video pertama kepada lagu “ON”
Video yang dikeluarkan pada 27 Februari itu bukannya video muzik pertama kepada lagu “ON”.
Pada 21 Februari lalu, septet itu mengeluarkan video muzik bertajuk “Kinetic Manifesto Film: Come Prima” yang seiring dengan pelancaran album baharu mereka, "Map of the Soul: 7."
Video oleh Jin, J-Hope, Suga, RM, Jimin, V dan Jungkook itu melibatkan pasukan perarakan terkenal Blue Devils dan penari-penari daripada agensi kreatif The Lab.
Diasaskan pada 1957, Blue Devils merupakan pasukan perarakan bertaraf dunia yang pernah memenangi beberapa anugerah.
Sementara itu, penari-penari dari The Lab juga pernah menari bersama-sama BTS dalam konsert jelajah dunia “Speak Yourself."
Tetapi tahukah anda, pereka koreografi video Kinetic Manifesto Film: Come Prima tersebut hanya berumur 19 tahun?
Sienna Lalau yang sudah mula menari sejak berusia tiga tahun itu juga pernah mereka tarian untuk BTS dalam lagu "Dionysus".
2. Persamaan dengan filem-filem terkenal
Sesiapa yang meminati BTS sudah pastinya tahu bahawa mereka selalu menampilkan video muzik yang menarik dan lain daripada yang lain.
Video baharu itu seolah-olah berlaku di dunia “dystopian” dan ramai peminat telah menyamakannya dengan beberapa filem terkenal.
Ini senarai filem yang jelas menunjukkan persamaan yang ketara dengan video muzik itu:
Game of Thrones

game of thrones x ON#ONMusicVideo #BringItON @BTS_twt pic.twitter.com/T1FePKO1e2

— alex arsd (@iIlejeons) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Chronicles of Narnia

Tell me im not the only one who thought of the battle of Narnia seeing this? Might not be a reference but they do have similarities. #BTSStreamingParty #BTSARMY #ONMusicVideo #ONVIDEOPARTY pic.twitter.com/Auzk774tv2

— villaneve bread (@billanelle) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Noah’s Arc

Is Namjoon supposed to be Noah? That's Noah's Ark right there but the animals are not in pair skdnsk. Namjoon's Ark?#BringItON #ONMusicVideo @BTS_twt pic.twitter.com/qdOahyIKtq

— Kim (@wingscouldflyyy) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bird Box
The Maze Runner
Pirates of the Caribbean

Is Namjoon supposed to be Noah? That's Noah's Ark right there but the animals are not in pair skdnsk. Namjoon's Ark?#BringItON #ONMusicVideo @BTS_twt pic.twitter.com/qdOahyIKtq

— Kim (@wingscouldflyyy) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Hunger Games

PARALLELS When Jungkook put his hands that were bounded with the thorns, once he put his hands into the lake, he was free, which reminds me of the hunger games when katniss got poisoned by the poisonous fog and once she put herself in water it stopped hurting her. pic.twitter.com/OOrEXEpfEm

— michi (@joonikii) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Lion King

Come Prima: "In the same manner as the first time" At the end, they brought it all the way back to the start: NO MORE DREAM Like in The Lion King, it's the Circle of Life #BringItON #ONMusicVideo pic.twitter.com/DT8xBzSpoL

— K-Charts & Translations (@charts_k) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3. Penerbit eksekutif video ialah pemenang Anugerah Grammy
Pemenang Anugerah Grammy untuk muzik video Beyonce berjudul “Formation, Nathan Scherrer merupakan penerbit eksekutif video lagu utama BTS itu.

Grammy Award winning and nominated Nathan Scherrer was the Executive Producer for #ONMusicVideo @BTS_twt https://t.co/Ql5FSvgSGS

— Eunji - Map of The Soul:7 (@JJKBTS14) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Scherrer juga pernah menghasilkan video untuk penyanyi The Weeknd, Kendrick Lamar dan Ariana Grande.
4. Anggota BTS dedah mereka keliru tentang mesej di sebalik muzik video itu
Jika anda sudah biasa menonton muzik video kumpulan tersebut, pastinya anda tahu terdapat banyak kejutan dalam video yang berdurasi hampir 6 minit itu.
Namun, ada penonton yang mungkin tidak faham konsep yang ingin ditampilkan ataupun mesej di sebalik muzik video itu.
Usah risau, wahai peminat di luar sana, anda tidak keseorangan.
Penyanyi utama dan penari terbaik, Jimin menerusi satu video di sebalik tabir mendedahkan bahawa beliau sendiri keliru dengan hala tuju video berkenaan.
“Saya tidak tahu mengenai MV ini juga. Saya sudah melihat ‘storyboard’ dan segalanya.
“Saya tidak sabar untuk melihat MV ini setelah selesai seperti anda,” kata Jimin sambil bergurau.

I love how Jimin's just as confused as us and he's seen the storyline pic.twitter.com/KtE6IedhnA

— ' (@NamjoonsJuice) March 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
V atau nama asalnya Kim Taehyung juga mendedahkan bahawa beliau berpendapat seperti Jimin juga.
“Apabila saya melihat teori yang dikemukakan oleh ARMY, ramai yang memang di luar imaginasi kami.
“Saya tidak sabar untuk membaca lebih teori oleh peminat kami kali ini,” katanya.

WELL pic.twitter.com/c8d86lRtV0

— rach (@ggukreum) March 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau juga bertanya apakah maksud tatu sementara berupa duri pada lehernya itu.
“Apakah maksud ini?” tanyanya.
5. Bukti BTS bukan sekadar penyanyi
Muzik video terbaharu ini membuktikan bahawa anggota BTS bukan sekadar penyanyi tetapi juga mampu berlakon.
Ahli BTS yang paling menonjol dalam video tersebut ialah V.
Ramai netizen yang memuji lakonan V dan berkata lakonan beliau mampu memenangi Anugerah Oscars.

Taehyung let himself sink into the emotions of his parts so perfectly. Not everyone can step into the role of a fictional character and breathe life into a form that is not physical so beautifully. #BringItON @BTS_twt pic.twitter.com/8cWPiLkcfr

— The Tae Print (@thetaeprint) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

This part gave me goosebumps. TAEHYUNG BEST ACTOR. TAEHYUNG OSCARS!!! #ONVIDEOPARTY#BringItON #ONMusicVideo @BTS_twtpic.twitter.com/UsXxgUL1R8

— His Excellency, King Taehyung (@everythingabtV) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, V pernah membintangi drama sejarah Korea yang bertajuk Hwarang dan pastinya ramai peminat yang berharap V akan menceburi bidang lakonan semula.
6. Pecah rekod YouTube Premiere
Rekod demi rekod dipecah!
Sememangnya tiada sesiapa yang mampu menidakkan kehebatan kumpulan sensasi dari Korea Selatan ini.
BACA: BTS pecah rekod jualan album tertinggi pada hari pertama
BTS sekali lagi membuktikan mereka merupakan kuasa yang perlu diiktiraf dalam gelanggang industri muzik dengan memecah rekod YouTube Premiere atau Tayangan Perdana YouTube.
Video tersebut mencapai 10 juta tontonan hanya dalam tempoh 65 minit.
Ketua Kebudayaan dan Trend YouTube, Kevin Allocca berkata ia sekali gus memecah rekod sebelum ini yang dimiliki septet itu juga menerusi lagu “Boy With Luv” yang menampilkan Halsey yang mencapai angka tersebut dalam masa 2 jam 52 minit.

Confirmed: This officially set the new record for peak viewers on a YT premiere, besting the previous record by more than 500,000 viewers https://t.co/DJaYeocSrn

— Kevin Allocca (@shockallocca) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
7. Musik video “ON” mempunyai kaitan dengan “N.O”
Sebenarnya, video “ON” mempunyai kaitan dengan lagu yang dikeluarkan septet ini pada 2013 iaitu “N.O”.
Lagu “ON” mempunyai maksud yang simbolik di mana ketujuh-tujuh ahli BTS tersebut telah melalui kesusahan hidup untuk mencapai status mereka sekarang iaitu sebagai artis yang diiktiraf serta disanjungi.
Seperti muzik video “N.O” juga, “ON” juga menampilkan slogan pada penutup video berkenaan.
Ia merupakan “wordplay” di mana BTS mereka menunjukkan peralihan daripada “No More Dream” kepada “Dream”.
Jika anda belum menonton muzik video “ON”, anda boleh tontoninya di sini!
#BTS #fakta #J-Hope #Jimin #Jin #Jungkook #mungkin terlepas #N O #ON #RM #Suga #V #video muzik
;