Video lagu tema Furious 7 cecah tontonan 1 bilion
Madiha Abdullah
Oktober 10, 2015 15:26 MYT
Oktober 10, 2015 15:26 MYT
Lagu dendangan Wiz Khalifa dan Charlie Puth, See You Again, yang juga merupakan lagu tema filem Furious 7 melepasi angka tontonan 1 bilion di laman YouTube pada Jumaat.
Bukan setakat YouTube, lagu yang disifatkan ramai sebagai salah sebuah lagu rap paling berjaya dalam sejarah itu juga mencatat rekod antara lagu paling banyak distrim melalui Spotify.
Pengaruh Paul Walker disebut sebagai faktor kejayaan lagu tersebut, selain kualiti lagu itu sendiri.
Di YouTube setakat ini, terdapat 10 buah video yang berjaya mencecah tontonan 1 bilion. Antaranya ialah Gangnam Style (Psy), Baby (Justin Bieber), Blank Space (Taylor Swift) dan Uptown Funk (Mark Ronson feat. Bruno Mars).
Bagaimanapun, See You Again merupakan video kedua paling cepat mendapat tontonan 1 bilion, selepas Gangnam Style.
See You Again Wiz Khalifa feat Charlie Puth, kredit laman Youtube rasmi Wiz Khalifa.