Vanessa Hudgens dan Austin Butler putus cinta, Zac Efron yang trending
Asyraf Roslan
Januari 15, 2020 23:00 MYT
Januari 15, 2020 23:00 MYT
JIKA anda menonton filem High School Musical (HSM), sudah pasti anda mengenali pelakonnya iaitu Vanessa Hudgens yang memengang watak Gabriella Montez.
Kisah terbaru mengenai penyanyi dan pelakon berusia 31 tahun itu, dia baru sahaja putus cinta bersama dengan temannya Austin Butler selepas hampir sembilan tahun menjalin hubungan cinta.
Menurut media antarabangsa, berita itu disahkan sendiri oleh Vannessa selepas berkongsikan berita sedih itu kepada temannya.
Namun apa yang menarik perhatian ialah selepas berita putus cinta itu tersebar nama bintang bersama HSM, Zac Efron terus trending di media sosial.
Mana tidaknya, Vanessa dan Zac pernah menjalin cinta ketika sama-sama berlakon dalam filem muzikal popular itu.
Jadi sudah pasti kebanyakan peminat mereka ingin melihat mereka untuk kembali bersama.
Ini antara respons peminat-peminat mereka yang inginkan mereka kembali bersama.
Jadi, apa kata anda? Setuju atau tidak kalau Zac Efron dan Vanessa Hudgens bersatu semula?