Uqasha Senrose perjelas isu berat naik 13kg dalam sebulan
Gempak
November 6, 2017 16:35 MYT
November 6, 2017 16:35 MYT
PELAKON Uqasha Senrose mengakui berat badannya naik sebanyak 13 kilogram kerana selera makan yang tinggi.
Uqasha Senrose, 25, juga tidak menafikan dirinya yang sedang bahagia juga antara faktor berat badannya bertambah.
"Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.
"Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial.
"Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.
"Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan," katanya kepada Astro Gempak.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, pada Ahad.
Sebelum ini penampilan Uqasha di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017), Jumaat, menarik perhatian netizen.
Selain penampilan yang agak seksi, perubahan bentuk badan pelakon cantik itu turut menjadi bualan hangat di media sosial.
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen tidak kira negatif atau positif menerusi ruangan komen foto terbaru yang dimuat naik oleh Uqasha di akaun Instagram (IG)nya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi