Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal rangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival ANIMAZE 2019

Fareez Azman
September 17, 2019 13:34 MYT
Filem Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal mula ditayangkan pada 21 Mac lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan
Filem animasi tempatan Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 di Montreal, Kanada pada 4 September lalu.
Kejayaan Les' Copaque Productions Sendirian Berhad itu berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Filem arahan Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu antara 65 filem Animasi Antarabangsa yang bertanding.
Pengiktirafan itu, jelas membuktikan bahawa filem animasi 3 Dimensi (3D) tempatan mempunyai skrip dan sudut penceritan, animasi berkualiti tinggi serta elemen muzik yang Keris Siamang Tulang yang menepati standard antarbangsa.
Filem Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal mula ditayangkan pada 21 Mac lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan.
Malah sebanyak 2 juta penonton telah menyaksikan filem terbaharu Les' Copaque Production itu.
#3D #animasi #Animaze #Antarbangsa #anugerah #Filem Cetera Terbaik #Keris Siamang Tunggal #Les' Copaque #Malaysia #Montreal #pengiktirafan #tempatan #Upin dan Ipin
;