Untunglah, pereka baju Taylor Swift taja baju Aishah

Gempak
November 11, 2017 14:00 MYT
Amir Kadir terpilih untuk menaja pakaian Aishah di konsert Gegar Vaganza esok malam. - Sumber foto Astro GEMPAK
Pereka fesyen terkenal Amir Kadir akhirnya terpilih untuk menaja busana yang bakal diperagakan oleh Aishah untuk konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) esok.
Amir yang pernah bermastautin di Dubai dan Kuwait selama 16 tahun sebelum ini pernah menghasilkan busana untuk artis Hollywood seperti Taylor Swift, Paris Hilton dan Jessie J.
Bagaimanapun, Aishah masih membuka peluang kepada pereka fesyen lain untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing.
Penyanyi Janji Manismu itu mendapat kritikan teruk pada konsert kedua GV4 minggu lalu apabila menyarung busana merah yang disifatkan telah mencalar imejnya sebagai bintang legenda.
Sehubungan itu, ramai pereka fesyen tempatan yang menawarkan diri untuk menaja busana kepada Aishah sepanjang rancangan GV4.
Pada konsert kedua minggu lalu, Aishah yang mendendangkan lagu Dingin (Ziana Zain) terpaksa berpuas hati apabila menduduki tangga kelima daripada 12 peserta.
Minggu ini Aishah akan menyanyikan lagu Terukir Di Bintang (Yuna) sempena tema Berani Ke Tidak?
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Digi Star Of The Week
Anda juga jangan lepaskan peluang mengundi Digi Star Of The Week pada setiap minggu dan berpeluang memenangi sebuah telefon pintar jenis Huawei P10 Lite.
Kami kongsikan bagaimanakah caranya.
1. Anda perlu memuat turun dan mendaftar masuk aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
2. Klik MyDigi Rewards.
3. Pilih "Undi Pantas Digi 4G Plus untuk GegarVaganza 2017" pada bahagian Monthly Rewards.
4. Tekan butang Get Reward dan sahkan pilihan anda.
5. Klik MyRewards dan tebus kod undi.
6. Isikan kod undi anda di <www.gegarvaganza.com.my> untuk mendapatkan 3 undian ekstra bagi artis kegemaran anda.
Teks oleh: Amri Hassan
#Aishah #Amir Kadir #Aqasha #Astro Ria #Busana #Dubai #Facebook #Gegar Vaganza 4 #Haida #Instagram #Jihan Muse #Nabil #pereka fesyen #Program Realiti #Taylor Swift #Tia Jinbara #Yuna
;