"Untunglah kalau boleh beli 'viewer', boleh dapat balik duit" - Khai Bahar

Gempak
Mei 8, 2018 16:53 MYT
KHAI: "Bagi saya, biarlah jumlah tontonan atau likes yang saya terima datang secara natural."
PENYANYI berbakat besar Khai Bahar menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia membeli jumlah tontonan untuk muzik videonya di YouTube.
Sebaliknya, Khai menegaskan jumlah penonton dan likes diperoleh secara organik tanpa perlu memaksa mana-mana pihak.
"Saya tidak pernah membeli dan tidak tahu cara untuk membeli viewer di YouTube. Saya pun tak boleh nak percaya sama ada jumlah tontonan itu boleh dibeli atau tidak.
"Memang terkejut apabila isu ini timbul sebab sefaham saya, semakin tinggi jumlah tontonan di YouTube kita akan mendapat sejumlah wang.
"Kalaulah boleh dibeli viewer memang untunglah. Beli viewer banyak-banyak boleh dapat balik duit kita labur.
"Bagi saya, biarlah jumlah tontonan atau likes yang saya terima datang secara natural.
"Saya nilaikan berdasarkan likes sebenarnya. Kalau jumlah tontonan tinggi tetapi meragukan tak guna juga," jelasnya kepada Astro Gempak.
BACA: "Saya gugup" - Khai Bahar mohon maaf
BACA: Nyanyi dengan mikrofon terbalik, gelagat Khai Bahar dan Nabil geletek hati penonton
Khai yang ditemui pada siri Jelajah GEGAR Pagi di Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu baru-baru ini berpesan agar jangan membuat tuduhan melulu.
"Kalau tak sahih jangan tuduh-tuduh. Sebab nak buat bukan mudah," tambahnya.
Sementara itu, Khai meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan peminatnya di Pantai Timur sempena dengan siri jelajah itu.
Pada acara itu, Khai mendendangkan beberapa lagu popularnya antaranya Bayang, Luluh dan single terbaharu Rahsia Kita.
Selain Khai, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Hael Husaini, Furhan (Xpose Band) dan penyampai radio GEGAR.
GEGAR merupakan jenama radio Pantai Timur nombor satu Malaysia dengan pendengar mencecah 2.78 juta setiap minggu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @khaibahar94
#'media sosial #Astro #bayang #Khai Bahar #Luluh #Malaysia #tontonan tertinggi #viewer #YouTube
;