UNIC kumpul peminat, bakat baru nasyid dari Thailand, Brunei & Indonesia
Gempak
Disember 29, 2017 15:05 MYT
Disember 29, 2017 15:05 MYT
KUMPULAN nasyid UNIC berjaya mengumpul peminat dan bakat baru dari beberapa negara Asia seperti Thailand, Brunei dan Indonesia dalam UNIC Got Starz Asean.
Fakhrul UNIC berkata idea tersebut tercetus hanya beberapa bulan yang lalu dan mereka tidak menyangka apabila menerima 400 penyertaan daripada empat negara tersebut termasuk Malaysia.
"Idea penganjuran ini tercetus setelah UNIC menjuarai program realiti terbitan Astro iaitu Gema Gegar Vaganza 2017.
"Selepas pertandingan itu, terbitlah rasa untuk kami branding UNIC ini agar terus kekal dan berkembang bukan sahaja dalam negara tetapi juga di negara-negara jiran.
"Tidak sangka, kami terima 400 penyertaan kesemuanya tetapi selepas melalui penjurian kami hanya memilih tujuh penyertaan sahaja untuk ke peringkat akhir.
"Penilaian dibuat berdasarkan bakat dan keunikan setiap peserta samada solo atau berkumpulan, menyanyikan lagu UNIC dengan cara tersendiri.
"Kami bakal jadikan ia sebagai acara tahunan dan akan meneruskannya lagi," katanya.
Selain Fakhrul, UNIC yang dianggotai oleh Bazli dan Najdi itu bakal menemui semua peserta yang berjaya ke peringkat akhir di Masjid Puncak Alam, Bandar Puncak Alam, jam 2 petang pada 30 Disember (esok).
UNIC Got Starz Asean merupakan sebuah program pencarian bakat yang menggunakan platform laman digitial Youtube.
Pemenang utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.00 berupa wang tunai, trofi, rakaman single di bawah terbitan UNIC dan barangan eksklusif UNIC di samping beberapa hadiah iringan.
#Asia
#Astro
#bakat baru
#Brunei
#Fakhrul
#Gema Gegar Vaganza
#Indonesia
#peminat
#Program Realiti
#Thailand
#UNIC
#UNIC Got Starz Asean