Umum segera tarikh FFM25

Astro Awani
Februari 12, 2013 10:08 MYT
Jurey Latiff Rosly berharap Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) segera mengumumkan tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia ke-25.
Selaku presiden, Jurey menyatakan kesediaan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) untuk memberi kerjasama.
Kelewatan pengumuman tarikh FFM ke-25 dikhuatiri mampu menggugat kelancaran majlis.
Dijadual pada 30 Disember lalu, Ketua Pengarah Finas Mohd Naguib Razak mengumumkan penundaan FFM ke-25 kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung.
Dalam satu sidang media, Naguib turut menjangkakan majlis anugerah tersebut diadakan sekitar penghujung Januari atau awal Februari.
Sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dari Finas yang kini dipimpin YM Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah selaku Ketua Pengarah yang baru, sejak Januari lalu.
FFM kali ini menyaksikan lebih 75 buah filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober 2012 layak dipertandingkan.
Bertemakan "Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas”, penganjurannya bakal mengimbas kembali perjalanan dan pencapaian industri filem tanah air sepanjang lebih dua dekad.
#FFM25 #filem #FINAS #GAFIM
;