Umie Aida rela bermadu?

Nursyazwani Saiful Sham
Julai 28, 2018 11:40 MYT
Menerusi posting terbaharu di Instagram peribadinya, Umie memuat naik foto serta kapsyen yang menyifatkan dirinya bukan isteri yang sempurna. Foto: Instagram/@umieaida9
BUKAN semua wanita yang bergelar isteri merelakan dirinya dimadukan.
Lain pula ceritanya apabila pelakon popular, Datin Seri Umie Aida yang dikatakan membenarkan suaminya untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita lain.
Menerusi posting terbaharu di Instagram peribadinya, Umie memuat naik foto serta kapsyen yang menyifatkan dirinya bukan isteri yang sempurna.
“Pagi ni me bangun tido.. tetiba me cakap kat abg.. jgn buat perkara tak elok, kalau nak terus kahwin. Me izinkan.
“Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek! Me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah.. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. Tapi YES.. me izinkan,” luahnya.
Terdahulu, Umie dan pasangannya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendirikan rumah tangga pada Mac 2010.
Khairuddin yang merupakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
Pasangan ini masih belum menimang cahaya mata, namun Umie membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.
#Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan #kahwin #PKR #PRU14 #Umie Aida
;