Umie Aida muat naik video bersemuka, berpeluk dengan Erra Fazira

Asyraf Roslan
Jun 15, 2019 17:44 MYT
Terbaharu di InstaStories Datin Paduka Umie Aida, beliau telah memuat naik dua video yang menunjukkan beliau berjumpa dengan Erra Fazira - Gambar Astro AWANI
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai salah faham antara dua aktres tersohor negara, iaitu Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida.
Terbaharu di InstaStory Umie, beliau memuat naik dua video yang menunjukkan satu pertemuan telah berlangsung antara dirinya dengan Erra Fazira.
Menerusi video yang bertarikh 14 Jun itu, Umie turut menyertakan teks 'semua salahkan aku... kerana tak maafkan dia... Ya Allah' - dipercayai merujuk kepada 'krisis' yang berlaku antara beliau dan teman baiknya itu.
BACA: Kali ketiga buat silap, Erra Fazira mohon maaf pada Umie Aida
BACA: 'Allah uji sebab sayang...' - Abby Abadi beri kata semangat kepada Erra Fazira
Pada masa sama, menerusi video tersebut juga menunjukkan bahawa Umie berpelukan Erra Fazira dan Erra kelihatan sebak semasa dipeluk oleh Umie.
Menerusi hantaran video itu, Umie juga berharap warganet tidak lagi bercakap tentang isu antara mereka itu, selain berdoa agar semua pihak berada dalam rahmat Allah.
Erra sebelum ini telah membuat permohonan maaf kepada Umie Aida melalui laman Instagramnya kerana telah mengecewakan teman baiknya buat kali ketiga.
Astro AWANI cuba mendapatkan Umie untuk mengulas perkembangan yang menggembirakan dan positif itu, namun aktres itu menolak dengan baik dan enggan lagi memanjangkan hal tersebut.
Semoga segala permasalahan atau kerumitan yang berlaku antara dua selebriti popular itu sudah bertemu noktah, dan silaturahim kembali mengukuh.
Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.
#Erra Fazira #gaduh #pelakon #salah faham #Umie Aida
;