Umie Aida dedah permintaan keluarga ketika pertunangan Betty, semua terkedu

Gempak
Februari 9, 2018 19:26 MYT
Betty dan Ardy Damis dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Makmuriah, Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Samat dengan sekali lafaz di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu. Foto Astro GEMPAK
PELAKON Umie Aida mendedahkan kakaknya Erma Fatima, telah membuat permintaan luar jangkaan kepada adik iparnya ketika majlis pertunangan Betty Rahmad pada September lalu.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Umie Aida berkongsi video Erma menyebut hantaran yang diminta daripada pihak lelaki.
Menurut Umie, kedua-dua belah pihak keluarga terkedu selepas Erma meminta adik iparnya, Ardy Damis membaca atau khatam senaskah al-Quran sebelum bernikah dengan Betty.
Umie memberitahu lebih mengejutkan apabila dengan tenang, Ardy Damis terus bersetuju dengan permintaan Erma.
Jelas Umie, dia faham apa yang cuba dilakukan kakaknya. Erma hanya mahu melihat kesungguhan Ardy Damis untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada adik bongsu kesayangan mereka.
#Ardy Damis #Betty Rahmad #Erma Fatima #hantaran #khatam #nikah #pelakon #perkahwinan #tunang #Umie Aida
;