Ulang tahun pasangan Beckham ke-16: Imbasan kisah cinta 'fairytale'

Madiha Abdullah
Julai 5, 2015 20:49 MYT
Perkahwinan David dan Victoria antara perkahwinan selebriti yang berjaya bertahan lama.
SEMALAM, tanggal 4 Julai 2015, pasangan David dan Victoria Beckham menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16. Meraikan hari gembira itu, netizen membanjiri laman sosial dengan ucapan tahniah untuk pasangan popular ini.
Kami kongsikan timeline kisah cinta ala fairytale David dan Victoria.

#DavidBeckham and @VictoriaBeckham Share the Sweetest Photos for Their 16th Anniversary http://t.co/opaZiorJxr pic.twitter.com/RL1APyrWJs

— ELLE Magazine (US) (@ELLEmagazine) July 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkenalan
David dan Victoria diperkenalkan oleh Simon Fuller, pengurus Victoria (ketika itu Victoria Adams) sewaktu mereka menyaksikan satu perlawanan amal membabitkan Manchester United pada tahun 1997. David yang tertarik dengan personaliti Victoria, kemudiannya meminta agar diaturkan satu pertemuan dengan ahli kumpulan 'Spice Girls' itu. Victoria pula, pada awalnya tidak berminat dengan David.
"Saya tidak meminati bola sepak, dan saya tidak kenal siapa dia (David)," kata Victoria.
Jadi apa yang membuatkan Victoria terima jemputan David?
"Ketika kami bertemu, saya nampak pemain-pemain lain berada di lounge dan minum bersama-sama, tetapi David bersama ibu, bapa dan adiknya. Saya rasa ia sangat sweet."

David and Victoria Beckham celebrating their 16th wedding anniversary today! #family pic.twitter.com/KHX7kHeqVE

— Mike Sington (@MikeSington) July 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bertunang
Ketika ini, media sudah melabel mereka sebagai "Posh and Becks" (Posh adalah nickname Victoria ketika bersama Spice Girls). Mereka bertunang pada bulan Januari 1998, tidak sampai setahun selepas berkenalan. David melamar Victoria di sebuah hotel dan menyarungkan cincin bernilai £40,000 (RM235,316.52) sebagai tanda pertunangan.
Perkahwinan
Majlis perkahwinan berlangsung pada 4 Julai 1999 di Istana Luttrellstown, Ireland. Keseluruhan perbelanjaan majlis perkahwinan itu adalah £500,000 (RM2.9 juta).

Happy 16th Wedding Anniversary to Mr. and Mrs. Beckham @victoriabeckham pic.twitter.com/payeqAFK7G

— David Beckham Club (@DavidBeckhamTH) July 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anak-anak
David dan Victoria dikurniakan empat cahaya mata; tiga lelaki dan seorang perempuan. Mereka adalah Brooklyn Joseph (4 Mac 1999, London), Romeo James (1 September 2002, London), Cruz David (20 Februari 2005, Madrid, Sepanyol) dan Harper Seven (10 Julai 2011, Los Angeles).

Happy anniversary, I love u so much x I'm so proud of our beautiful family x pic.twitter.com/EkgITUJ8Co

— Victoria Beckham (@victoriabeckham) July 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kontroversi
David pernah didakwa punya hubungan sulit dengan pembantu peribadi, Rebecca Loos, pada tahun 2004. Hal itu diakui sendiri oleh Rebecca namun dinafikan David.

The ultimate throwback: David and Victoria Beckham's wedding photo, in honor of their 16th wedding anniversary today! pic.twitter.com/PBESyyPyVf

— BRIDES (@brides) July 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nilai kekayaan
David dan Victoria dianggarkan punya nilai £210 juta (RM1.2 bilion).
Istana cinta
Rumah mereka di London bernilai £31.5 juta (RM182 juta) dan digelar media sebagai 'The Beckingham Palace'.
#David Beckham #Posh Spice #Victoria Beckham
;