Ulang tahun ke-50: Rolling Stones gegarkan London

AFP
November 26, 2012 10:48 MYT
Kumpulan rock lagenda, The Rolling Stones tampil menghiburkan lebih 20,000 peminat kumpulan itu di London bagi meraikan ulang tahun ke-50nya.
Mick Jagger, Keith Richards, Charlie Watts dan Ronnie Wood turut disertai pemain bass asal kumpulan itu Bill Wyman dalam konsert yang diadakan di Arena O2 pada Ahad.
Tetap tampil bertenaga, penyanyi utamanya, Mick Jagger yang kini mencecah usia 69 tahun.
Lagu pertama yang didendangkan di dalam konsert yang dinamakan “50 And Counting” ini adalah "Get Off of My Cloud".
Turut membuat kejutan, penampilan diva soul Mary J Blige yang menyampaikan lagu "Gimme Shelter".
Tiket untuk pertunjukan pertama dan kedua Khamis ini telah habis terjual dalam masa 7 minit selepas kaunter tiket dibuka.
Majalah Billboard Amerika Syaikat melaporkan kumpulan itu telah dibayar lebih US$25 juta (RM78 juta) hanya untuk 4 penampilan di London.
Satu angka yang tinggi jika hendak dilihat pada usia kumpulan ini yang kini telah mencecah setengah abad.
#50 And Counting #London #Mick Jagger #O2 Arena #rolling stones
;