'Ujian datang sebab Tuhan nak bagi Bella 016311...' - Pick-up line ini cuit hati netizen

Gempak
Mei 17, 2019 18:00 MYT
Ada kalangan netizen berani beri nombor telefon dan berharap Bella menghubunginya.
SUSULAN berita penceraian di antara Aliff Aziz dan Bella Astilah semalam, nampaknya ramai lelaki lain cuba masuk jarum.
Di Twitter, ada beberapa cubaan untuk memberi ‘pick-up line’ pada foto bertudung yang dimuat naik oleh Bella sebelum prosiding mahkamahnya semalam.
Malah, ada yang berani memberikan sekali nombor telefon dan berharap Bella menghubunginya!
“Sabar ye Bella. Ujian ni berat. Mungkin ujian ni datang sebab Tuhan nak bagi Bella 01631147xx kali lagi kebaikan," tulis seorang pengguna Twitter yang bernama @alffm_.
Tweet itu sahaja telah mendapat 20,000 retweet dan 16,000 likes.
Netizen turut sama meyokong usaha jejaka ini yang disifatkan cukup halus.
Menurut jejaka itu lagi, sudah ada tiga wanita yang menelefon dan menghantar pesanan menggunakan WhatsApp tetapi dia tidak pasti adakah salah seorangnya adalah Bella.
Namun ada juga netizen yang turut memberikan komen bahawa Bella tidak akan melayan jejaka itu kerana namanya juga bermula dengan Aliff.
Di samping banyak cubaan mengorat, foto Bella itu turut dibanjiri sokongan dan doa daripada netizen agar dirinya kuat dan diberikan kebahagian.
Ada juga yang menyamakan wajah Bella bertudung mirip dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Semalam, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah sah bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Permohonan cerai dibuat oleh Bella selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-unang Keluarga Islam 1984.
BACA: Aliff Aziz, Bella Astillah bercerai talak satu
BACA: "Kenal masa 'private party', tak buat apa pun" - Skandal curang Aliff Aziz buka cerita sebenar
BACA: Aliff Aziz buat hal lagi? Foto 'curang' mirip suami Bella Astillah tersebar
#Aliff Aziz #Bella Astilah #cuba masuk jarum #Dayang Nabellah Awang Astillah #penceraian artis #pick-up line #Siti Nurhaliza
;