Tyler Hoechlin dipilih pegang watak Superman dalam 'Supergirl'
Syafique Shuib
Jun 17, 2016 18:22 MYT
Jun 17, 2016 18:22 MYT
PELAKON terkenal Teen Wolf, Tyler Hoechlin dipilih untuk memegang watak ikonik Superman/Clark Kent dalam musim kedua siri televisyen ‘Supergirl’.
Perkara ini turut mendapat pengesahan oleh Hoechlin sendiri menerui laman Twitter rasminya.
“Sangat teruja diberi peluang untuk melakonkan watak yang hebat dan disayangi ramai. Tidak sabar untuk kembali bekerja,” tulis Hoechlin.
Superman akan dipertemukan dengan sepupunya Supergirl/Kara Danvers (lakonan Melissa Benoist) di National City pada pembukaan musim kedua siri ini.
Sementara itu, netizen teruja dengan laporan bahawa Hoechlin bakal pegang watak ikonik ini.
Namun, ada yang kecewa kerana menjangkakan dan mengharapkan Tom Welling memengang watak itu.
Ini kerana, beliau merupakan bekas bintang Smallville yang melakonkan watak Clark Kent dalam siri itu.