TXT catat rekod tertinggi, adakah mereka pesaing BTS?

Agensi
Mac 12, 2019 18:17 MYT
TXT merupakan kumpulan K-pop terbaharu yang berjaya menduduki carta Billboard. Gambar Twitter/@HypeMY
GELOMBANG Korea kini sedang meraih sambutan hangat dan mendapat perhatian di Hollywood dengan kehadiran kumpulan quintet yang baru sahaja melancarkan album sulung mereka 4 Mac lalu.
Kumpulan K-Pop yang dikenali sebagai Tomorrow X Together atau TXT merekodkan pencapaian yang sangat mengejutkan kerana mereka berjaya menembusi carta Billboard seawal kemunculan sulung mereka.
Ini mencatatkan TXT sebagai menjadi kumpulan K-pop lelaki yang paling cepat mendapat tempat di carta Billboard 200 di Amerika Syarikat.
TXT yang bernaung di bawah pengurusan Big Hit Entertainment itu menduduki tangga yang ke-140 di carta Billboard 200 menerusi album The Dream Chapter: STAR.
Seiring rekod berkenaan, TXT yang bernaung di bawah syarikat produksi yang sama dengan BTS berjaya mengungguli beberapa carta Billboard yang lain antaranya Emerging Artist World Digital Song Sales dan World Albums.
Kumpulan yang terkenal dengan lagunya ‘Crown’ kini juga meraih kira-kira 33 juta tontotan di Youtube sejak dipekenalkan pada minggu lepas.
TXT dianggotai oleh empat orang ahli iaitu Yeonjun, Soobin, Beomgyu, Taehyun and Huening Kai.
Mereka juga dilaporkan bakal menjadi pesaing terdekat BTS sekali gus akan terus memasyhurkan budaya popular K-Pop di mata dunia.
BACA: Pesanan buat ARMY nantikan 12 April, BTS bakal gegar dunia
#billboard #BTS #Crown #Hollywood #Korea Selatan #The Dream Chapter STAR #Tomorrow X Together #TXT #YouTube
;